APA ITU CROWDZAKAT?
CrowdZakat adalah platform/model Kutipan Zakat Melalui Pengkelasan Bantuan Asnaf yang disediakan bagi membolehkan masyarakat menunaikan zakat secara dalam talian dan memilih jenis bantuan zakat kepada asnaf berdasarkan kecenderungan masing-masing. Platform ini juga membolehkan masyarakat tahu ke mana dana zakat akan diagihkan dan berapakah dana zakat yang diperlukan bagi setiap jenis bantuan.
APA LAMAN RASMI CROWDZAKAT?
www.crowdzakat.zakatselangor.com.my
APAKAH MANFAAT DAN KAEDAH BAYARANNYA?
Bayaran zakat boleh dibuat secara online. Ia memberi peluang kepada pembayar zakat untuk memilih bantuan agihan mengikut kecenderungan masing-masing, selain dapat mengetahui ke mana dana zakat akan diagihkan dan berapa dana zakat yang diperlukan bagi setiap jenis bantuan kepada asnaf.
APAKAH MATLAMAT CROWDZAKAT?
Memberi ruang kepada masyarakat membayar zakat mengikut kecenderungan jenis bantuan kepada asnaf, selain meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada LZS melalui ketelusan (transparency) yang ditunjukkan melalui platform ini.
BAGAIMANA KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT YANG DIBUAT?
Sila dapatkan maklumat dan langkah-langkah bayaran zakat dengan merujuk infografik yang disediakan di portal crowdzakat atau menerusi langkah-langkah berikut seperti di bawah:
Nota: Untuk tujuan semakan dan cetakan penyata bayaran zakat, sila layari ezo.zakatselangor.com.my
ADAKAH IA TERTAKLUK KEPADA PDPA?
Ya. Ia tertera sebelum pembayaran dibuat. Penyataan adalah seperti berikut:
Saya mengesahkan bahawa segala maklumat dan data yang diberikan adalah BENAR, TEPAT, LENGKAP dan TERKINI. Saya faham dan bersetuju sekiranya maklumat palsu dan tidak benar, pihak Zakat Selangor berhak mengambil tindakan ke atas saya. Dengan memberikan data peribadi saya, saya bersetuju membenarkan LZS menggunakan dan memproses data peribadi saya sebagaimana dalam Notis Privasi Zakat Selangor di www.zakatselangor.com.my
SEBARANG MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI
Menara Zakat Sultan Idris Shah, No. 1, Persiaran Bandar Raya, Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Talian Zakat Selangor : 1300 88 4343
Waktu Operasi
Isnin –Jumaat : 8.30 pagi – 5.30 petang
Rehat Jumaat : 12.15 tengahari – 2.45 petang
Cuti Umum : Tutup
Alamat Emel : maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-