“Walaupun atap bocor dan dinding retak, namun inilah satu-satunya tempat kami berteduh…”
Rumah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk sesebuah keluarga. Namun, sebahagian keluarga asnaf tinggal dalam kediaman yang uzur dengan atap bocor, dinding retak dan lantai rosak. Bagi mereka, membaiki rumah bukan sekadar untuk keselesaan, tetapi demi keselamatan keluarga. Bantuan Baik Pulih Rumah membantu membaiki kerosakan utama agar mereka dapat kembali tinggal dalam kediaman yang lebih selamat dan terurus.
Pada 2025, sebanyak 502 buah rumah telah dibaik pulih dengan jumlah agihan hampir RM13.21 juta.
Zakat anda membantu:
• Pembaikan Struktur: Baiki atap, lantai, dan dinding yang rosak.
• Keselamatan Kediaman: Elakkan risiko kemalangan dan penyakit.
• Keselesaan Keluarga: Menyediakan ruang kediaman yang lebih selesa dan terurus.
Bantu mereka tinggal di rumah yang lebih selesa dan selamat.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-