“Bencana berlaku dalam sekelip mata. Bantuan segera amat kami perlukan…”
Bencana seperti banjir dan kebakaran boleh meragut segalanya dalam masa yang singkat, meninggalkan mangsa tanpa tempat tinggal dan keperluan asas. Bantuan Kecemasan ini membantu mereka mendapatkan semula asas kehidupan dan memulakan pemulihan.
Pada 2025, lebih 3,527 mangsa bencana menerima Bantuan Kecemasan bernilai lebih RM3.56 juta.
Zakat anda membantu:
• Tempat Perlindungan Sementara: Kediaman sementara bagi mangsa kehilangan rumah.
• Bekalan Keperluan Asas: Makanan, pakaian, dan barangan harian.
• Rawatan Kecemasan: Sokongan perubatan segera jika diperlukan.
Jadikan zakat anda kelegaan di saat mereka diuji dengan bencana.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-