Bantuan ini bertujuan untuk membantu individu yang sedang dalam perjalanan jauh dan terpaksa mendapatkan rawatan atau perkhidmatan perubatan di luar kawasan asal mereka. Bantuan ini memberi sokongan kepada musafir yang menghadapi masalah kewangan atau logistik ketika mendapatkan rawatan di hospital, terutamanya bagi golongan yang tidak mampu semasa berada di luar daerah.
Bantuan penyediaan seperti penginapan sementara, makanan dan bantuan kewangan untuk kos rawatan akan diberi untuk memastikan musafir yang memerlukan tidak terbeban dengan kos tambahan semasa menjalani rawatan perubatan.
Dengan pertolongan anda, LZS dapat memberikan kemudahan dan perlindungan kepada golongan musafir yang memerlukan rawatan di hospital, sekaligus memberi mereka peluang untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-