Bantuan kewangan untuk fakir, miskin dan muallaf

Kategori Asnaf
Gharimin
Bantuan untuk meringankan beban hutang fakir, miskin dan muallaf yang terdesak.
RM 0.00 (0 %)
RM 290, 408.68
Jumlah Kutipan CROWDZAKAT
RM 0.00
Jumlah Kutipan SALURAN LAIN
RM 0.00

Setiap hari, golongan ini terpaksa berhadapan dengan hutang demi memenuhi keperluan asas untuk kemaslahatan diri, keluarga, dan tanggungan. Faktor utama mereka berhutang adalah untuk terus bertahan dalam kehidupan. 

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, ramai dalam kalangan masyarakat terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Harga barangan asas yang sentiasa meningkat dan peluang pekerjaan yang stabil semakin sukar dicari menambahkan lagi beban mereka. Dalam situasi yang terdesak, ada yang terpaksa mencari jalan pintas dengan membuat pinjaman tidak berlesen. Perkara ini bukan sahaja menambah beban hutang tetapi sekaligus menimbulkan risiko keselamatan. 

Bantuan kewangan atau sumbangan yang diterima sedikit sebanyak mampu meringankan tekanan kewangan dan membantu mereka memulihkan kehidupan untuk membina semula kehidupan yang lebih stabil dan terjamin. Mereka juga berpeluang keluar dari hutang dan kemiskinan, serta memperbaiki keadaan hidup mereka ke arah yang lebih baik. 

Tunai Zakat

Sejarah Pembayaran
0 telah membayar zakat dan salurkan untuk bantuan zakat ini.
© Lembaga Zakat Selangor, Hak cipta terpelihara
ATAS