Pembinaan Rumah Individu adalah inisiatif untuk membantu golongan Fakir, Miskin dan Muallaf yang tidak berkemampuan memiliki tempat tinggal yang selesa dan selamat. Tujuan utama adalah untuk meringankan beban mereka yang tinggal dalam keadaan rumah yang uzur atau tidak selamat didiami.
Melalui pembinaan rumah, golongan ini dapat mempunyai tempat tinggal yang lebih terjaga dari aspek keselamatan dan keselesaan.