Bantuan Pendidikan OKU: Peluang Ilmu, Masa Depan Terjamin

Sokong asnaf OKU mendapatkan pendidikan mengikut keperluan pembelajaran mereka.
RM 0.00 (0 %)
RM 10, 798, 000.00
RM 0.00 (0 %)
RM 10, 798, 000.00
Jumlah Kutipan CROWDZAKAT
RM 0.00
Jumlah Kutipan SALURAN LAIN
RM 0.00

“Saya percaya anak saya juga mampu belajar dan mengembangkan potensinya…”


Setiap anak mempunyai keperluan dan cara pembelajaran yang berbeza. Bagi asnaf OKU, akses kepada pendidikan yang sesuai dapat membantu mereka mengembangkan kemahiran dan potensi diri mengikut kemampuan masing-masing. Bantuan Pendidikan OKU membantu meringankan kos pendidikan serta menyediakan keperluan pembelajaran yang bersesuaian agar mereka mendapat sokongan yang diperlukan sepanjang proses pembelajaran.


Pada 2025, seramai 1,657 asnaf OKU daripada kategori fakir, miskin dan fisabilillah menerima bantuan pendidikan dengan jumlah agihan hampir RM8.93 juta.


Zakat anda membantu:


   •       Yuran Pendidikan Khas: Membantu meringankan kos pembelajaran di pusat pendidikan yang bersesuaian.

   •       Kelengkapan Pembelajaran: Membantu menyediakan alat dan bahan pembelajaran mengikut keperluan penerima.

   •       Sokongan Pendidikan: Membantu mereka mengikuti proses pembelajaran yang sesuai untuk mengembangkan kemahiran dan potensi diri.


Bersama, kita beri ruang kepada asnaf OKU untuk terus belajar dan mengembangkan potensi mereka.

Tunai Zakat

Sejarah Pembayaran
0 telah membayar zakat dan salurkan untuk bantuan zakat ini.
© Lembaga Zakat Selangor. Hak cipta terpelihara
ATAS