Bantuan Perubatan: Sokongan untuk Rawatan dan Pemulihan

Ringankan kos perubatan agar rawatan yang diperlukan tidak tertangguh.
RM 0.00 (0 %)
RM 68, 603, 500.00
RM 0.00 (0 %)
RM 68, 603, 500.00
Jumlah Kutipan CROWDZAKAT
RM 0.00
Jumlah Kutipan SALURAN LAIN
RM 0.00

“Doktor kata saya perlu menjalani rawatan segera, tetapi kosnya di luar kemampuan kami…”


Bagi pesakit kronik dan individu OKU, kos rawatan, pembedahan, ubat-ubatan serta peralatan sokongan boleh menjadi beban kewangan yang berpanjangan. Bantuan Perubatan membantu mereka mendapatkan keperluan perubatan yang sewajarnya agar rawatan dapat diteruskan dan kehidupan harian dapat dijalani dengan lebih baik.


Pada 2025, seramai 5,905 asnaf fakir, miskin dan muallaf menerima Bantuan Perubatan dengan jumlah agihan hampir RM18.96 juta.


Zakat anda membantu:


   •       Kos Rawatan dan Pembedahan: Menampung prosedur perubatan yang diperlukan.

   •       Ubat-ubatan Berterusan: Memastikan rawatan dapat diteruskan mengikut keperluan.

   •       Peralatan Sokongan: Menyediakan anggota palsu dan alat bantuan mobiliti untuk kegunaan harian.


Jadikan zakat anda sebahagian daripada ikhtiar mereka untuk terus kuat menjalani kehidupan.

Tunai Zakat

Sejarah Pembayaran
0 telah membayar zakat dan salurkan untuk bantuan zakat ini.
© Lembaga Zakat Selangor. Hak cipta terpelihara
ATAS