“Walau sederhana, inilah tempat kami sekeluarga berteduh…”
Tempat tinggal merupakan antara keperluan asas bagi sesebuah keluarga. Namun bagi keluarga asnaf dengan kemampuan kewangan yang terhad, komitmen sewa rumah setiap bulan boleh menjadi satu beban yang besar di samping perbelanjaan harian yang lain. Bantuan Sewa Rumah membantu menampung sebahagian kos sewa agar keluarga asnaf dapat terus mempunyai kediaman yang sesuai dan selamat untuk didiami.
Pada 2025, seramai 23,170 keluarga asnaf fakir, miskin dan muallaf menerima Bantuan Sewa Rumah dengan jumlah agihan lebih RM168.14 juta.
Zakat anda membantu:
• Bayaran Sewa Rumah: Membantu menampung sebahagian komitmen sewa rumah keluarga.
• Keperluan Tempat Tinggal: Membantu keluarga asnaf mengekalkan kediaman yang sesuai dan selamat.
• Meringankan Komitmen Bulanan: Memberi ruang kepada keluarga mengurus keperluan asas lain dengan lebih baik.
Bersama, kita bantu keluarga asnaf terus mempunyai tempat yang selamat untuk berteduh.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-