Ramai dalam kalangan fakir, miskin, dan muallaf menghadapi kesukaran besar untuk membayar kos sewa rumah, terutamanya di kawasan bandar dengan kos sara hidup yang tinggi. Bantuan sehingga RM800 sebulan ini penting untuk meringankan beban mereka dan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal yang selamat dan terjamin.
Sumbangan anda memberikan mereka peluang untuk menggunakan wang yang ada bagi keperluan penting yang lain seperti makanan, pendidikan anak-anak, dan rawatan kesihatan. Dengan bantuan ini, mereka mampu hidup dengan lebih tenang dan fokus untuk memperbaiki taraf hidup keluarga.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-