“Saya mahu berdiri di atas kaki sendiri, bukan bergantung selamanya…”
Kemiskinan bukan sahaja soal kewangan, tetapi juga soal peluang. Ramai asnaf mempunyai semangat dan keinginan untuk mengubah kehidupan, namun kekurangan akses kepada kemahiran dan peluang untuk bermula. Pusat Latihan Asnaf Selangor (PLAS) membuka ruang kepada mereka untuk mempelajari kemahiran teknikal dan vokasional yang praktikal sebagai bekalan mendapatkan pekerjaan atau membina sumber pendapatan yang lebih stabil.
Pada 2025, hampir RM3.21 juta telah disalurkan menerusi Pusat Latihan Asnaf Selangor bagi membantu asnaf miskin mendapatkan latihan kemahiran.
Zakat anda membantu:
• Kursus Kemahiran: Latihan teknikal dan vokasional yang relevan dengan keperluan industri.
• Bimbingan Keusahawanan: Panduan praktikal untuk membina dan memulakan perniagaan sendiri.
• Sokongan Selepas Latihan: Bimbingan dan sokongan berterusan untuk membantu mereka melangkah selepas tamat kursus.
Bantu mereka membina kemahiran dan akhirnya mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-