Pusat Latihan Muallaf: Bimbingan dan Sokongan Berterusan

Kategori Asnaf
Muallaf
Bimbing saudara baharu memahami dan mengamalkan Islam dengan lebih yakin.
RM 0.00 (0 %)
RM 3, 097, 300.00
RM 0.00 (0 %)
RM 3, 097, 300.00
Jumlah Kutipan CROWDZAKAT
RM 0.00
Jumlah Kutipan SALURAN LAIN
RM 0.00

“Saya baru memeluk Islam, dan masih banyak yang perlu saya pelajari…”


Menjadi saudara baharu membuka lembaran kehidupan yang baharu. Dalam proses memahami dan mengamalkan Islam, mereka memerlukan ilmu, bimbingan serta sokongan yang berterusan agar dapat menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dengan lebih yakin. Pusat Latihan Muallaf menyediakan ruang pembelajaran dan bimbingan yang membantu saudara baharu mendalami asas agama serta menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai seorang Muslim.


Pada 2025, seramai 3,801 muallaf menerima bimbingan menerusi Baitul Hikmah, dengan peruntukan lebih RM2.13 juta.


Zakat anda membantu:


   •      Kelas Asas Agama: Mempelajari asas akidah, ibadah dan fardu ain.

   •      Kaunseling dan Sokongan: Menyediakan ruang untuk mendapatkan panduan, berkongsi persoalan dan menerima sokongan yang diperlukan.

   •       Panduan Kehidupan Harian: Membantu saudara baharu memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.


Bersama kita bantu saudara baharu mengenali Islam, mendalami ilmu dan terus teguh dalam akidah.

Tunai Zakat

Sejarah Pembayaran
0 telah membayar zakat dan salurkan untuk bantuan zakat ini.
© Lembaga Zakat Selangor. Hak cipta terpelihara
ATAS