“Walaupun bangunan bocor dan kemudahan semakin uzur, sesi pengajian mesti diteruskan…”
Banyak madrasah dan institusi Islam menghadapi masalah kemudahan yang uzur akibat kekurangan dana penyelenggaraan. Bantuan ini membolehkan baik pulih fasiliti, penyediaan peralatan, dan sokongan kewangan bagi memastikan institusi terus berfungsi dengan baik untuk pengajaran dan kebajikan komuniti.
Pada 2025, seramai 250 institusi/penerima fisabilillah menerima sokongan menerusi Pengurusan Al-Biruni bernilai hampir RM314,890.
Zakat anda membantu:
• Baik Pulih Fasiliti: Menaik taraf bangunan dan infrastruktur.
• Peralatan Pengajaran: Al-Quran, buku, dan alat bantu mengajar.
• Kelangsungan Operasi: Sokongan kewangan untuk institusi terus berjalan lancar.
Bantu mereka terus menyampaikan ilmu dalam persekitaran yang lebih selamat dan selesa.
Warna Teks
A A A ASaiz Teks
A+ A A-